-GENG BLOGGERS-

Iklan penaja

Novel Review : Suamiku Tak Romantik tapi autistik

Assalamualaikum.
selepas bercamping selama 7hari, aku sempat menghabiskan membaca novel setebal 888m/s. novel paling tebal yang pernah aku baca. dan jalan ceritanya sangat best dan menghiburkan!


sinopsis :


NURA ALIA seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womaniser, Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka bersama.


Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.

“Aku bencikan kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!” -NURA ALIA

Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.

“Boboy! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan?! Eee… geramnya aku!” -NURA ALIA

Selama tujuh tahun, BOBOY hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.

Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam dunianya. Hati Boboy berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si babysitternya itu.

“Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!” BOBOY

Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.

Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib ‘cinta’ yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?

“Maafkan abang, sayang. Selama ni abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang…” -SYED AZWAN


Untuk insan yang agak cerewet macam aku ni, agak sukar untuk aku membaca novel-novel yang tebal dan tambahan lagi kalau membosankan. tapi, novel ni lain beb!

Antara kelainannya :
1. Hero a.k.a boboy dalam novel ini ialah seorang lelaki autistik yang akhirnya mencipta kejutan pada pertengahan cerita.
2. Jalan cerita yang bagi aku tidak membosankan.
3. babak-babak yang romantik diantara Nura alia dan syed azman aka boboy.
4. Watak org ketiga tidak tlalu myakitkan hati. (sedang-sedang sajaa)
5. Jalan cerita lebih kepada hero dan heroin. Tiada babak-babak yang tidak penting/membosankan.

that;s all antara pendapat aku. Nak tau endingnya? Of course la happy ending :) so, kena baca dulu baru tau.. hehehe
Tapi ini semua bagi aku la.. tak tau la bagi korang amacam kan? Lain orang, lain cita rasanya. (Broken malay)

p/s : Dazh craft sedang melancarkan sale sehingga 31 Disember ni.. Sape2 nak item felt craft dengan harga yang murah, jom cepat2 order sekarang :)